top of page
Search
Writer's picturethenangco

UMNO & Ganja pada tahun 2016



KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk membenarkan rakyat menggunakan ganja sekali gus meminda sebarang larangan undang-undang melibatkannya atau marijuana yang pernah dibuat sebelum ini.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berkata, ganja jelas tidak menjadikan individu itu agresif atau hilang pertimbangan seperti yang berlaku kepada mereka yang mengambil alkohol berlebihan.

"Saya sudah timbulkan isu ini sejak tahun lepas. Rokok serta vape membawa ancaman besar kepada kesihatan namun ganja terbukti memberi ketenangan dan boleh mengurangkan kes jenayah.

"Lihat sahaja seperti di Belanda, banyak penjara di sana ditutup kerana pesalah berkurangan kerana ganja dibenarkan."Jadi apa salahnya kerajaan benarkan sahaja ganja di negara ini. Banyak kajian membuktikan tekanan kos sara hidup boleh ditenangkan dengan ganja," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Cadangan kaji semula

Pada Rabu, Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli mencadangkan supaya kesalahan menghisap marijuana atau ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.

Muhamad Ridhwan bagaimanapun menegaskan tidak menyokong amalan menghisap ganja tetapi semata-mata mahu ia dikawal selia.

Katanya, ganja hanya menyumbang sebanyak lapan peratus daripada semua jenis ketagihan berbanding 60 peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.

Cadangan itu turut mendapat reaksi oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Twitternya.

Ada portal sebelum ini melaporkan, persepsi pemain muzik Reggae dengan gejala menghisap ganja amat sukar dipisahkan.

Negara luar

Dalam pada itu kata Syed Rosli, cadangan Ahli Parlimen Belia serta Khairy sendiri dalam isu ganja itu harus diberi perhatian oleh kerajaan.

"Ambil pendekatan terbaik dan lihat contoh negara-negara yang membenarkan penggunaan ganja. Apakah impak kepada masyarakat mereka.

"Banyak contoh negara luar yang membenarkan ganja mencatat bilangan jenayah yang rendah, mungkin itu pertimbangan yang boleh diambil untuk membolehkan penggunaan ganja dibenarkan di negara ini," ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya mengakui dakwaan terdapat ekstrak perisa ganja di pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan sesetengah pengguna rokok elektronik termasuk vape.



Sumber: Astro Awani Wan Syamsul Amly, Astro Awani | Februari 18, 2016 12:24 MYT


Nota kaki: Dah kaji ke belum. Dah tiga tahun dah ni? Asyik kena keji je. Kena tunggu berapa ramai lagi yang ada peluang kedua untuk hidup menggunakan perubatan ganja tergadai nyawanya?


Support kami dengan membeli produk kami di bahagian pint post facebook @ instagram kami (thenang.co)

112 views0 comments

Recent Posts

See All

Cerita Haram Maryjane

Kenapa Amerika mengharamkan penggunaan Maryjane? " SPEKULASI LIAR TERHADAP IMIGRANT DARI MEXICO YANG MUNGKIN MEMBUAT KEKACAUAN! ". Ini...

コメント


bottom of page