top of page
Search
Writer's picturethenangco

Cerita Haram Maryjane

Kenapa Amerika mengharamkan penggunaan Maryjane?


" SPEKULASI LIAR TERHADAP IMIGRANT DARI MEXICO YANG MUNGKIN MEMBUAT KEKACAUAN! ". Ini rata-rata ayat yang dikeluarkan mengenai punca pengharaman maryjane


Ini antara mengapa Amerika mengharamkan penggunaan ganja. Senator Cory Booker telah memperkenalkan legalisasi untuk melegalkan maryjane seluruh Amerika. Menurut The Washington Post " sekiranya perkara ini dilulusan, rang undang-undang Demokrat New Jersey akan "mengetepikan sabitan ganja persekutuan dan hukuman berkaitan penangkapan atau kadar penangkapan perkauman untuk jenayah berkaitan ganja,".

Tumpuan utama adalah, dadah tidak pernah diharamkan. Anglo-Americans dan Eropah telah mengetahui bahawa terdapat kebaikkan medikal untuk maryjane semenjak tahun 1830. Sir William Brooke O'Shaughnessy, seorang doktor berbangsa Irish belajar di India, beliau telah mendokumentasi penggunaan ekstrak maryjane dimana ia boleh membantu mengurangkan simptom taun seperti sakit perut dan muntah.


Pada ada akhir abad ke-19, orang Amerika dan Eropah boleh membeli ekstrak ganja di farmasi dan pejabat doktor untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan sakit perut, migrain, keradangan, insomnia, dan penyakit lain.


Hanya kerana orang pada masa lalu menggunakan sesuatu untuk tujuan perubatan tidak selalu bermakna ia adalah idea yang baik. Tetapi penyelidikan moden telah menyokong bahawa maryjane mempunyai manfaat perubatan sebenar. Sebagai contoh, ia boleh mengurangkan siezure dan mengurangkan kesakitan tanpa menyebabkan pergantungan fizikal

Walaupun banyak kegunaan maryjane untuk perubatan, pandangan orang Amerika terhadap maryjane mengenai kebaikkan dalam perubatan telah berubah seiring dengan peredaran zaman. Selain itu, perubahan pandangan terhadap kebaikkan maryjane juga didorong oleh imigrasi Mexico ke A.S. sekitar zaman Revolusi Mexico 1910, menurut Eric Schlosser, pengarang Reefer Madness: Sex, Drugs, and Cheap Labor in the American Black Market.

"Prasangka dan ketakutan yang disokong kerana para imigran ini membaya budaya penyalahgunaan ganja," tulis Schlosser untuk The Atlantic pada tahun 1994. "Pegawai polis di Texas mendakwa bahawa maryjane mencetuskan jenayah kekerasan, membangkitkan 'nafsu untuk darah, 'dan memberikan kekuatan luar biasa kepada pengguna.' Khabar angin ini disebarkan bahawa orang Mexico mengedarkan 'rumput pembunuh' ini kepada pelajar sekolah Amerika.

Kajian terhadap maryjane dianggap sebagai suatu yang tidak logik walaupun telah terbukti dalam pelbagai kajian yang membuktikan bahawa alcohol lebih merbahaya dari maryjane. Sebagai tambahan, tiada pembuktian bahawa maryjane memberi "kuasa tambahan" seperti yang digembar gemburkan dan U.S Drug Enforcement Administration's telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian telah dilaporkan diatas overdose maryjane.


Walaupun tiada pembuktian bahawa penggunaan maryjane boleh menyebabkan kesan Jekyll-and-Hyde (kesan dimana kelakuan yang sukar diramal, terlampau baik berubah menjadi terlampau jahat atau sebaliknya), 29 daerah di Amerika telah mengharamkan penggunaan maryjane pada tahun 1916 hingga 1931. Pencukaian "The Marihuana Tax Act of 1937" juga telah diharamkan seluruh dunia walaupun mendapat tentangan dari American Medical Association berkaitan penggunaan untuk perubatan. Akta ini telah dikuatkuasakan selepas setahun cerita Reefer Madness dikeluarkan, dimana cerita ini memberi amaran kepada ibu bapa tentang bahaya penggunaan dadah.


Kerajaan persekutuan dan negeri terus meningkatkan hukuman yang berkaitan dengan maryjane hingga akhir tahun 1960-an, undang-undang tersebut merangkumi kepada mereka yang berkulit putih, kelas pertengahan dan pelajar yang menggunakan maryjane.

" Pada pertengan 1970, semua daerah mula mengurangkan hukuman mengenai kesalahan yang melibatkan maryjane ", perkara ini telah dilaporkan oleh The New York Times. Walau bagaimanapun, kerajaan persekutuan terus mengikut dasar yang telah ditetapkan sehingga ke hari ini, iaitu, "kepada dasar yang mempunyai asal-usulnya dalam perkauman dan xenophobia dan kesan utamanya telah merosakkan kehidupan generasi manusia.

Hari ini, 29 negeri dan Washington, D.C., telah meluluskan penggunaan perubatan maryjane, dan 8 negeri telah melegalkannya untuk kegunaan rekreasi. Perkara ini tidak dipersetujui oleh semua negeri, walau bagaimanapun, legalisasi mungkin mengambil tempat di seluruh Amerika kerana kesedaran awam terhadap pokok ini.


Sumber: www.history.com | Becky Little | Aug 4, 2017


Nota kaki: Spekulasi dan khabar angin (fitnah) sangat merbahaya. Akta boleh berubah dengan sekelip mata.


Support kami untuk menulis.


Ready stock (Limited stock dikeluarkan 2019)


Ready stock

Postage mula dijalankan pada 22 April 2019

Harga sehelai RM35 termasuk pos

Size S - M - L - XL - 2XL - 3XL

Click disini untuk maklumat lanjut: http://thenangcoofficial.wasap.my/

Ready stock

Postage mula dijalankan pada 22 April 2019

Harga sehelai RM35 termasuk pos

Size S - M - L - XL - 2XL - 3XL

Click disini untuk maklumat lanjut: http://thenangcoofficial.wasap.my/


Ready stock

Postage mula dijalankan pada 22 April 2019

Harga sehelai RM35 termasuk pos

Size S - M - L - XL - 2XL - 3XL

Click disini untuk maklumat lanjut: http://thenangcoofficial.wasap.my/


289 views0 comments

Comentarios


bottom of page