top of page
Search

Sejarah 420


Dalam kalangan stoner, ayat 420 sangat terkenal dan selalu disebut-sebut.


Yang pasti, keaslian ayat ini bukan datangnya dari si baju biru (Polis), tapi ia picisan idea dari sekumpulan pelajar yang berasal dari California pada tahun 1970.


Ramai dalam kalangan pentegar maryjane tidak tahu asal usul datangnya ayat 420, tetapi mempunyai pelbagai kepercayaan dan dongengan yang disebarkan. Antaranya adalah:


i. Terdapat pendapat yang percaya bahawa 420 ini berasal dari kandungan organik kimia yang aktif yang ada dalam maryjane.


ii. Terdapat pendapat bahawa ianya berasal dari Holland, iaitu, waktu minum petang (teh).


iii. Ada yang berpendapat bahawa ia bersamaan dengan hari jadi pemimpin nazi yang terkenal iaitu Adolf Hitler pada 20 April 1889.


iv. Sesetengah memetik bahawa 420 berasal dari album Bob Dylan dalam judul lagu yang bertajuk “Rainy Day Women No. 12 & 35” , yang dimana apabila 12 didarabkan dengan 35 bersamaan 420.

Tetapi, hakikat yang sebenarnya apabila dikaji, ayat 420 ini banyak menunjukkan pembuktian bahawa ia berasal dari sekumpulan pelajar yang berasal dari California. Pelajar tersebut merupakan pelajar di sekolah San Rafael School. Mereka mempunyai " pot " perjumpaan rahsia yang dan menginspirasikan nama kumpulan tersebut sebagai " the Waldos " .


Pada musim luruh 1971, salah seorang dari mereka diceritakan bahawa terdapat pokok maryjane ditanam dan pemiliknya sudah tidak lagi ke tempat penanaman tersebut. Dipendekkan cerita, mereka sekumpulan bersepakat ingin mecari tempat penanaman tersebut. Disediakan dengan peta harta karun (ada yang mengatakan peta tersebut diesediakan oleh pemilik tanaman tersebut) untuk membawa ke kawasan penanaman maryjane yang terbengkalai itu, sekumpulan pelajar tebabit bersepakat untuk bertemu di patung Louis Pasteur di luar sekolah menengah mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melakukan pencarian dan waktu pertemuan mereka adalah pukul 4.20pm.


Jadi bagaimana Waldos ini membuat code 420 ini masyhur di seluruh dunia?


Salah seorang ahli Waldos ini mempunyai hubungan yang kuat terutama dengan band band tempatan. Anggota kumpulan Waldos yang bernama Mark Gravitch merupakan seorang anak kepada agen hartanah tempatan dan menguruskan urusan hartanah bagi band tersebut.

Mereka juga rapat antara satu sama lain terutama bassist bagi band tersebut. Nak dijadikan cerita, mereka semua kaki maryjane. Setiap kali berada di backstage sebelum kumpulan tersebut membuat persembahan, mereka akan menggunakan maryjane dan memangil maryjane sebagai 420 " puff puff pass community ". Semenjak dari itu, code 420 itu mula tersebar luas antara pemuzik pemuzik tempatan di Winterland.


Hari demi hari, 420 semakin berkembang dan menjadi komuniti antarabangsa yang terbesar. Malah diraikan pada setiap 20 April.


Sumber: www.history.com | Brynn Holland | April 19, 2017


Nota kaki: 420 gang, bukan gucci gang!


Support kami untuk menulis. Pre order terbaru cap dan jam. Terdapat dua harga iaitu cap sahaja berharga RM60 dan jam sahaja RM60. Harga combo bagi kedua-dua barang ini adalah RM100 termasuk postage.

Detail pre order:

Order di buka: 15 March 2019

Order ditutup: 27 March 2019

Tempoh produksi: 7 hari

Postage akan dijalankan pada: 4 April 2019


Hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/ (0139618058)






Hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/ (0139618058)

568 views0 comments

Recent Posts

See All

Cerita Haram Maryjane

Kenapa Amerika mengharamkan penggunaan Maryjane? " SPEKULASI LIAR TERHADAP IMIGRANT DARI MEXICO YANG MUNGKIN MEMBUAT KEKACAUAN! ". Ini...

Comments


bottom of page