top of page
Search
Writer's picturethenangco

Rastafari


Rastafari - kepercayaan/ cara hidup/ anutan dan boleh menjadi satu pegangan agama

Rastafarian - orang yang mengikuti cara hidup yang dianjurkan oleh rastafari


Rastafari:


Rastafari adalah agama yang boleh dikatakan baru, berpusat di Afrika dan dikembangkan di Jamaica pada tahun 1930-an, berikutan penobatan Haile Selassie I sebagai Raja Ethiopia pada tahun 1930.


Rastafarian mempercayai bahawa Haile Selassie sebagai tuhan mereka dan tuhannya akan kembali ke Africa sebagai salah seorang ahli dalam komuniti berkulit gelap dan tinggal di pengasingan atas dasar penjajahan dan perdagangan hamba.


Teologi Rastafari telah dikembangkan oleh Marcus Garvey. Beliau merupakan aktivis politik yang menuntut perubahan dan taraf hidup orang berkulit hitam.


Dianggarkan seramai sejuta orang penganut Rastafari seluruh dunia.


Pengikut Rastafari digelarkan dengan pelbagai nama, antaranya Rastafarians, Rastas, Sufferers, Locksmen, Dreads or Dreadlocks.


- agama dan kepercayaan ini tersebar meluas atas kejayaan Bob Marley dalam industri muzik dan beliau diangkat sebagai idola oleh peminat seluruh negara.

- Rastafarians mempercayai bahawa orang yang berkulit hitam adalah umat yang terpilih, tetapi atas dasar penjajahan dan penghambaan, peranan mereka telah terbatas.


- Gerakkan ini sangat mengambil berat mengenai penghantaran balik orang kulit hitam ke tanah air mereka, Afrika, dan pengambilan semula kedudukan orang kulit hitam dalam masyarakat.


- Agama ini dianggap sebagai exocentric religion.


- Upacara keagamaan bagi Rastafari adalah melalui menyanyi, bermain alat muzik (gendang) dan bermeditasi untuk mencapai keadaan kerohanian yang tinggi .


- Amalan keagamaan Rastafarian termasuk ritual menggunakan maryjane untuk meningkatkan kesedaran rohani mereka.


- Rastafarian sangat mematuhi pantang larang dalam pemakanan dan menghindari penggunaan alcohol.


- Rastafarian juga mengikuti beberapa pegangan, undang-undang dan amalan yang ditulis dalam kitab Old Testament.


- Terdapat perbezaan cara penganutan bagi rastafarian lelaki dan perempuan.


- Rastafari mempercayai bahawa kehidupan selepas mati (kelahiran semula) selepas kematian dan kehidupan itulah yang kekal abadi.


- Rastafarians diharamkan untuk memotong rambut mereka, dan diamalkan untuk dijadikan sebagai dreadlocks.


- Rastafarian hanya boleh memakan sumber semula jadi, sayur sayuran dan buah buahan.


- Rastafarians akan mengelak dari pengambilan daging, terutamanya daging babi.


- Rastafarian menentang mengenai pencegahan kehamilan dan penguguran bayi


Warna:


Warna-warna Rastafari adalah seperti dibawah,


Merah - melambangkan darah mereka yang terbunuh dalam kalangan mereka yang berkulit hitam, mengikut sejarah Jamaica.


Hijau - melambangkan tumbuh-tumbuhan di Jamaica dan harapan untuk membasmi penindasan


Kuning keemasan -melambangkan kekayan negara Ethiopia


Hitam - menandakan warna warga Afrika yang mengikuti Rastafari


Maksud simbol Rastafari:


Singa adalah simbol Rastafari


Singa itu mewakili Haile Selassie I, yang dianggap sebagai " 'Conquering Lion of Judah ", manakala dreadlock pula mewakili sebagai rambut pada singa tersebut.


Sumber: BBC (Religions Section)


Nota Kaki: Kami tidak menghukum mana-mana pihak untuk mempercayai apa yang dianuti. Kerana kepercayaan anda adalah hak anda, dan kepercayaan kami adalah hak kami. Sikap hormat menghomati haruslah wujud. Tajuk Rastafari ditulis atas dasar untuk kesedaran sahaja.


Support kami untuk menulis. Pre order terbaru cap dan jam. Terdapat dua harga iaitu cap sahaja berharga RM60 dan jam sahaja RM60. Harga combo bagi kedua-dua barang ini adalah RM100 termasuk postage

Detail pre order:

Order di buka: 15 March 2019

Order ditutup: 27 March 2019

Tempoh produksi: 7 hari

Postage akan dijalankan pada: 4 April 2019


Hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/ (0139618058)








Hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/ (0139618058)

105 views0 comments

Recent Posts

See All

Cerita Haram Maryjane

Kenapa Amerika mengharamkan penggunaan Maryjane? " SPEKULASI LIAR TERHADAP IMIGRANT DARI MEXICO YANG MUNGKIN MEMBUAT KEKACAUAN! ". Ini...

Comments


bottom of page