Pesakit 1
SEORANG bapa mendakwa hasil minum susu dibeli dari ‘Dr. Ganja’ yang mengandungi bahan dari ganja, anaknya yang menghidap autism menunjukkan peningkatan dalam pertuturan.
Razlan (bukan nama sebenar) menyatakan anaknya berusia lapan tahun telah mula bertutur selepas tiga minggu meminum susu tetrahydrocannabinol (THC) yang dibeli daripada ‘Dr. Ganja’ atau nama sebenarnya Kapten (B) Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, Mac tahun lalu.
Sumber: Klickmy & Malaysiakini
Pesakit 2
Kanak-kanak lapan tahun dan nenek 51 tahun antara yang hadir bagi menyatakan sokongan dengan bekas kapten tentera “Dr Ganja”.
Sumber: Malaysiakini Alyaa Alhadjri | Diterbitkan 22 Jan 2018, 2:45 tengahari | Dikemaskini 22 Jan 2018, 2:45 tengahari
Pesakit 3
Seorang wanita 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Sha ketika ditemubual MalaysiaGazette berkata, gesaan tersebut berikutan beliau yang pernah disahkan mengidap Pibolar Disoder dan menjalani perubatan alternatif menggunakan ganja.
Menurutnya, setelah menerima konsultasi dan bekalan ubatan selama beberapa bulan daripada Kapten (B) Amiruddin Nadarajan Abdullah yang lebih dikenali sebagai Dr. Ganja itu, kesihatannya kembali pulih seperti biasa.
Sumber: Malaysiagazette Mohd Haizal Yatiran - 14 Jun 2017
Penulis: Mfirdxus_
Nota kaki: Moga lebih ramai yang tampil dan menceritakan kesan selepas mengambil medical cannabis dari Kapten. Testimoni testimoni ini, sedikit sebanyak dapat membantu membuka mata kerajaan agar hukuman yang dikenakan pada tertuduh dapat diringankan. Kita doakan yang terbaik. Sekiranya anda bekas pesakit Dr Ganja Malaysia, sila emailkan kepada kami pengalaman anda untuk kami kongsikan di ruangan ini
Support kami dengan membeli produk kami di bahagian pint post facebook @ instagram kami (thenang.co)
Comments