Bob Marley atau Robert Nesta Marley, ikon dan idola reggae dan pencetus revolusi Rastafari dalam kalangan peminat reggae antarabangsa bukan satu nama asing lagi pada hari ini. Beliau telah meninggal dunia pada 11 Mei 1981, di Hospital Universiti Miami, Florida.
Kematiannya adalah berpunca dari Melanoma (tumor yang terhasil dari melanin-cell atau kanser yang berkaitan dengan kanser kulit) yang merebak dari paru paru, hingga membawa kepada kesan terakhir iaitu barah otak.
Antara teori-teori konspirasi yang pernah disebarkan didalam dunia internet adalah:
1. T.I dan Busta Rhymes menyatakan bahawa Bob Marley dibunuh oleh CIA
Mengikut kenyataan dalam instagram mereka berdua, kematian Bob adalam pembunuhan terancang yang dilakukan oleh Agen CIA. Walaupun kematiannya lagenda ini pada tahun 1981 dianggap seperti kematian biasa kerana barah otak, mereka berdua menyatakan bahawa lagenda ini dibunuh kerana beliau adalah pencetus revolusi keamanan dan mengankat hak hak orang berkulit hitam.
Bagaimana pembunuhan terancang ini dijalankan? " Agen CIA (Bill Oxley) tersebut yang menyebabkan Bob mati dengan meletakkan sesuatu yang tajam di dalam kasut Bob bersama bahan radioaktif untuk mencederakan ibu jari kakinya sehingga memberi kesan barah ", tambahan lagi " Saya memberi sepasang kasut Converse bersize 10 inchi, beliau (Bob), mencubanya, lalu menjerit kesakitan ".
Berita ini dipercayai tersebar dengan pencarian bukti oleh seorang journalist BBC. (sumber i)
2. Teori konspirasi ke dua yang dinyatakan oleh penulis Fred Zaidi
Seorang CIA yang bernama Bill Oxley telah membuat pengakuan dalam satu sidang akhbar Amerika dihujung usianya. Beliau telah ditempatkan di Mercy Hospital di Maine pada umur 79 tahun. Beliau merupakan pesara CIA. Pengakuan itu dilakukan selepas dia didapati mempunyai masa 7 hari sahaja lagi untuk hidup.
Dia menyatakan dia pernah menjalan sebanyak 17 pembunuhan terancang kerajaan Amerika semasa tahun 1974 sehingga 1985, termasuk pembunuhan ikon musik terkenal, Bob Marley.
Oxley merupakan agen CIA dan telah berkerja semenjak berumur 29 tahun sebagai top-level security clearance, dimana misi misinya adalah "membersihkan" ancaman mana-mana individu atau oranisasi yang boleh memberi ancaman kepada agensi dan negaranya. Tugasnya adalah sebagai hit man untuk CIA dengan menggunakan cara yang tidak konvensioanal iaitu dengan memberi kecederaan secara tidak sedar kepada mangsa seperti racun, bahan letupan, serangan jantung dan barah.
Terdapat dua teori yang dinyatakan oleh penulis ini (ii):
i - Terdapat kenyataan mengatakan bahawa pembunuhan Bob dirancang oleh Bunny Wailer, isterinya Rita Marley dan pengurus beliau Chriss Blackwell bagi mendapatkan harta dan royalti sebanyak 30 million. Tetapi teori ini ditolak kerana terdapat pelbagai percanggahan dan spekulasi
ii - Teori kedua adalah dengan penglibatan agen CIA tersebut. Dengan perkembangan politik untuk membebaskan bangsa berkulit hitam di Jamaica, Bob telah dibunuh oleh CIA. Cubaan pertama untuk pembunuhan pertama telah gagal. Cubaan pertama dengan serangan gagal apabila Bob terselamat semasa serangan di Hope Road. Cubaan kedua telah dilakukan oleh anak kepada Pengarah CIA (William Colby), Carl Colby telah memberi sepasang kasut kepada bob untuk mencubanya dimana di dalam kasut tersebut terdapat bahan radioactive diletakkan dengan wire copper untuk mencederakan kaki Bob. Kesan dari tersebut menyebabkan kanser kepada Bob
3. Teori konspirasi ini adalah khabar angin dan hanya pendedahan kosong (iii)
Siapakah Bill Oxley?
Penulis bagi sumber ke (iii) ini tidak menjumpai sebarang bukti yang melibatkan individu yang bernama Bill Oxley ini dengan mana-mana agensi CIA, nama individu tersebut, fakta dan apa sahaja. Individu ini memang tidak wujud.
Gambar seorang lelaki tua berkulit putih diatas katil adalah versi yang dibuat buat. Sumber asal gambar tersebut adalah daripada seorang jurugambar Polish yang diedit.
Sumber bertulis juga mengatakan, tiada sebarang rekodnya individu ini dihospital yang didaftarkan.
Apakah penyebab barah Bob?
Sesetengah virus dan bacteria seharusnya dapat dikesan dengan jelas kehadiranya. Kematian Bob adalah bukan satu kematian biasa, sehingga sekarang penyakit Bob adalah barah yang jarang jarang berlaku pada individu. Mungkin ini adalah nasibnya kerana sehingga sekarang tiada jawapan punca kematiannya. Kalau ingin membuat pembunuhan terancang dengan menggunkan penyakit ini adalah mustahil, lebih baik menggunakan racun cyanide lebih memudahkan pembunuhan terancang ini, kata penulis africacheck.
Sumber: (i) www.nme.com | Nick Reilly | Sep 5, 2018 10:23 am
(ii) www.yourtango.com | Fred Zaidi | December 18, 2017
(iii) africacheck.org | 11:52 | 1st February 2019
Nota kaki: Kematian yang misteri dan tidak dapat dirungkai
Support kami untuk menulis. Pre order terbaru cap dan jam. Terdapat dua harga iaitu cap sahaja berharga RM60 dan jam sahaja RM60. Harga combo bagi kedua-dua barang ini adalah RM100 termasuk postage.
Detail pre order:
Order di buka: 15 March 2019
Order ditutup: 27 March 2019
Tempoh produksi: 7 hari
Postage akan dijalankan pada: 4 April 2019
Hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/ (0139618058)
Hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/ (0139618058)
Comments