top of page
Search
Writer's picturethenangco

Pablo Escobar (Kepala kepada Kartel Medellin)


Pablo Escobar, atau nama sebenarnya Pablo Emilio Escobar Gaviria, (dilahirkan pada 1 Disember 1049 di Rionegro, Colombia dan pengakhiran hayatnya pada 2 Disember 1993, Medellín), penjenayah yang tersohor mengetuai Kartel Madellin dan penglibatannya dalam pengedaran dadah pada tahun 1980 dan 1990 menyebabkan namanya dikenali ramai di seluruh dunia.


Selepas kelahiran Pablo Escobar, keluarganya telah berpindah ke Envigado, Colombia. Semasa berusia remaja beliau telah banyak melakukan aktiviti jenayah. Antara kegiatan jenayah awal yang dilakukannya adalah menyeludup alat streo dan mencuri batu nisan untuk dijual balik. Industri kokaine berkembang dengan pesat, Peru, Ecuador, dan Bolivia merupakan pengeluar utama kokaine pada waktu itu. Perkara tersebut menarik minat Escobar untuk menukar kegiatan awal jenayahnya kepada jenayah yang lebih berat iaitu menyeludup kokaine. Pada awal penglibatannya 1970, dia hanya membantu kongsi gelap tempatan menyeludup kokaine. Kongsi gelap tempatan tersebut berkembang dan dikenali sebagai Kartel Medellin. Rakan kongsi dan adik beradik Ochoa " Juan David, Jorge Luis dan Fabio" membantu Escobar yang pada masa itu menjadi ketua kepada kartel tersebut untuk meluaskan pengeluaran, penyeludupan dan penjualan kokaine.


Pada pertengahan tahun 1980, Kartel Medellin mengetuai perdagangan kokaine dengan kekayaan dan kuasa Escobar. Mengikut satu laporan yang dikeluarkan, harta kekayaan Escobar dianggarkan sebanyak 25 bilion termasuk 7000 ekar ladang di Colombia. Sumber asli di ladang tersebut pada waktu itu termasuk haiwan liar seperti girafah, badak, unta dan termasuk haiwan liar yang lain. Escobar juga terlibat dalam memberi sumbangan kemanusian untuk rakyat miskin di Colombia pada waktu itu. Beliau diangkat sebagai Robin Hood Colombia oleh warga Colombia. Beliau memenangi piliharan dan berada bersama kongress negara pada tahun 1982 atas usaha kebajikan yang dijalankan oleh beliau pada masa itu.


Namun kegiatan kebajikannya tidak dapat mengaburi mata pihak berkuasa. Segala kegiatannya jenayah dikaburi dengan dua cara, iaiti "plata o plamo" bermasud plato -perak (rasuah) atau plomo-(peluru). Pesaingnya juga mula bertindak pada masa itu dengan menyasarkan pihak kerajaan, polis dan orang awam (Kartel Cali). Pada tahun 1989, sebuah kapal terbang yang dipercayai membawa perisik Amerika Syarikat telah dibom oleh Kartel tempatan yang tidak dikenali. Sejurus kejadian tersebut, Escobar diletakkan sebagai penjenayah yang paling dikehendaki oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Perkara ini seterusnya mencetuskan kemarahan Escobar. Dalam satu petikan yang dikeluarkan oleh beliau, " aku rela diikuburkan di Colombia daripada dipenjarakan di penjara A.S " .

Selepas pelbagai pertempuran dan operasi pencarian dijalankan oleh kerajaan tempatan untuk mencari Escobar, kerajaan tempatan mengambil langkah untuk berunding dengan pihak Escobar. Pada Jun 1991, pada hari yang sama Kongress Colombia bersetuju untuk memansuhkan akta ektradisi (buang negara), Escobar menyerah diri dan dipenjarakan.


Escobar di penjarakan di sebuah penjara mewah yang dikenali sebagai La Catedral. Penjara tersebut dilengkapi dengan kelab malam, sauna, air terjun, padang bola, telefon, komuter dan mesin faks.

Penjara La Catedral wujud sehingga sekarang

Walaupun dipenjarakan, kegiatan jenayahnya masih berjalan seperti biasa.Semasa berada di La Catedral, Escobar telah bertindak di luar kawalan dengan menyeksa dan membunuh dua ahli kartelnya. Disebabkan perkara tersebut beliau telah diarahkan oleh pihak berkuasa untuk dipindahkan penjara. Semasa proses pemindahan, Escobar melarikan diri semasa di bawah jagaan pihak kerajaan pada July 1992. Selepas beberapa tahun kehilanganya, pihak kerajaan berjaya menjejakinya di Medellin dan membawa kepada pembunuhan beliau oleh pihak berkuasa. Selepas kematiannya, Kartel Madellin telah dibubarkan.

Gambar Pablo Escobar setelah tewas di tangan pihak kerajaan

Sumber: britannica.com | Amy Tikkanen

Terjemahan: Mfirdxus_


Nota kaki: Kekayaan sebenar adalah kejayaan hidup untuk memberi kesenenagan kepada orang sekeliling dengan cara yang betul.


Guys, order tinggal lagi 5 hari bagi stock jam dan caps kami (22/3/2010). Kami memerlukan 253 order bagi order ini.


Support kami untuk menulis. Pre order terbaru cap dan jam. Terdapat dua harga iaitu cap sahaja berharga RM60 dan jam sahaja RM60. Harga combo bagi kedua-dua barang ini adalah RM100 termasuk postage.


Detail pre order:

Order di buka: 15 March 2019

Order ditutup: 27 March 2019

Tempoh produksi: 7 hari

Postage akan dijalankan pada: 4 April 2019

Hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/ (0139618058)









493 views0 comments

Recent Posts

See All

Cerita Haram Maryjane

Kenapa Amerika mengharamkan penggunaan Maryjane? " SPEKULASI LIAR TERHADAP IMIGRANT DARI MEXICO YANG MUNGKIN MEMBUAT KEKACAUAN! ". Ini...

Comments


bottom of page