top of page
Search
Writer's picturethenangco

Negara Asia Pertama Menghalalkan Ganja!

Thailand berjaya tanam pokok ganja perubatan pertama



THAILAND memulakan penanaman pertama ganja untuk tujuan perubatan.

Menurut laporan portal tempatan, tanaman itu terletak di kilang pengeluaran farmaseutikal Rangsit, di Pathumthani, wilayah daerah Thanayaburi.

“GPO sudah mula menanam tumbuhan ganja gred perubatan pertama bersandarkan kepada undang-undang Komuniti Ekonomi Asean (AEC),” menurut kenyataan yang disertakan bersama video berkenaan.

Pengarah GPO, Dr. Witoon Danwiboon bulan lepas berkata penanaman itu akan melibatkan kos AS$315,000  (RM1.29 juta) melibatkan keluarasan tanaman 100 meter persegi di kilang berkenaan.

Susulan kejayaan tanaman pertama itu, GPO merancang untuk menghasilkan 2,500 botol minyak ganja dengan sukatan 5 milileter setiap satu menjelang Julai ini.

“Kami berlumba dengan masa untuk memastikan manfaat ganja perubatan diperoleh sepenuhnya kerana banyak negara di dunia sudah memulakan usaha ini sejak 10 tahun lalu,” kata Menteri Kesihatan Awam Thailand, Dr. Piyasakol Sakolsattayathorn.

Tambah beliau penanaman di kemudahan GPO merupakan fasa pertama dan akan diteruskan melalui fasa seterusnya melibatkan penanaman di kemudahan seluas 1,000 meter persegi.


Fasa baru itu dijangka menelan belanja AS$5 juta (RM20 juta).

Sementara itu, Pentadbiran Dadah dan Makanan Thai (FDA) melancarkan talian bebas tol bagi membolehkan orang ramai bertanya soalan tentang usaha pengenalan ganja perubatan itu.



Sumber: Astro Awani, Agensi | Mac 01, 2019 19:25 MYT


Nota kaki: Moga Malaysia bakal melangkah ke arah negara legal untuk medikasi.


Support thenang.co dengan membeli barangan yang diletakkan pada pint post facebook kami

195 views0 comments

Recent Posts

See All

Cerita Haram Maryjane

Kenapa Amerika mengharamkan penggunaan Maryjane? " SPEKULASI LIAR TERHADAP IMIGRANT DARI MEXICO YANG MUNGKIN MEMBUAT KEKACAUAN! ". Ini...

Comments


bottom of page