top of page
Search
Writer's picturethenangco

Mangga & Maryjane atau Marjane Mangga?


Apakah kesan mangga dan maryjane?

Anda mungkin pernah mendengar khabar angin bahawa memakan mangga sebelum pekena maryjane dapat memberi kesan "high" yang lagi kuat. Nampaknya khabar angin ini ada logiknya tersendiri!


Anda nak tahu kenapa?


Terdapat sebatian kimia yang dijumpai didalam mangga yang dikenali sebagai mycrene. Mycrene boleh menggubah kesan maryjane kepada pengguna. Tapi, sejauh mana dapat menyebabkan rasa "high" itu masih tidak dapat dibuktikan kerana tiada bukti dan kajian saintifik yang kukuh terhadap kesan mangga dan maryjane


Mangga dan mycrene

Terdapat kajian mengatakan mengatakan mangga boleh memberi kesan cepat, kuat dan "high" yang bertahan lama.


Tetapi tiada bukti yang banyak mengukuhkan perkara ini, sesetengah pengkaji yang mengkaji perkara ini hanya menyatakan bahawa sebatian kimia didalam mangga hanya memberi kesan kepada maryjane sahaja. Ia tidak dihurai lebih kepada kami untuk kesan "high" disebabkan mangga.


Mangga mempunyai sebatian kimia yang dinamakan mycrene. Mycrene juga dapat dijumpai didalam Humulus lupulus, pokok selasih, daun salam dan daun taim. Mycrene juga boleh dijumpai didalam maryjane itu sendiri. Mycrene adalah terpene, dan terpene adalah bahan kimia yang bertanggungjawab dalam memberi aroma dan rasa kepada pokok yang mengandungi sebatian tersebut.


Terpene seperti mycrene dapat dijumpai didalam pohon maryjane. Ia memainkan peranan dalam memberi kesan kepada pengguna. Mycrene memberi kesan kepada THC untuk berhubung dengan reseptor cannabinoid. Mangga yang sememangnya mempunyai terpene mungkin berhubung dengan terpene marijuana dan memberi kesan yang berbeza kepada pengguna sekira mengambil mangga sebelum penggunaan maryjane.


Dari sudut sains


Tiada kajian yang menyeluruh mengenai hubungan mangga dan maryjane. Kebanyakkan kajian lebih menfokuskan kepada mycrene, walaupun terdapat terpene yang dijumpai didalam mangga boleh memberi kesan kepada maryjane. Kajian perlu dilakukan secara mendalam bagi memahami antara dua sebatian kimia ini berhubung dan kesannya.


Mycrene dikenali kerana memberi kesan penenang. Sesetengah fakta berkata, ia juga bertanggunjawab memberikan kesan seperti kesan yang terdapat pada baka indica kepada pengguna.


" Mycrene adalah sebatian kimia yang bertindak seperti kesan THC ", mengikut pakar Dr Kymron DeCesare, Pegawai Kajian di Steep Hill Labs.


Baka maryjane yang mempunyai lebih 0.5% mycrene akan memberi kesan tenang. Apabila anda memakan mangga, kandungan mycrene didalam tubuh pengguna akan meningkat. Kesan dari itu mungkin boleh memberi lebih kesan "high" kepada pengguna sebelum menggunakan maryjane.


Mycrene juga memberi kesan analgesic (dadah yang mengurangkan kesakitan). Ini menyebabkan sesetengah orang menggunakan mangga kerana ia memberi kesan yang setara seperti menggunakan maryjane.


Sesetengah pengkaji mengatakan mycrene meningkatkan ketelapan didalam darah. Dimana ia akan meningkatkan penyerapan cannabinoid dan membuat anda high. Tetapi tiada bukti yang kukuh untuk membenarkan fakta ini.


Bagaimana untuk meningkat rasa high dengan mangga?


Walaupun kesahihan kajian ini masih diragui dan tiada kebenaran, tetapi ramai yang mengatakan bahawa dengan memakan magga sebelum menggunakan mryjane memberikan kesan yang lebih kepada pengguna.


Pakar di Steep Hill Labs, salah sebuah syarikat yang mengkaji kesan maryjane, mencadangkan agar pengguna memakan buah mangga yang masak dan menggunakan maryjane 45 minit selepas memakan mangga untuk memberi kesan yang maksimum.


Walaubagaimanapun, kesannya mungkin berbeza-beza mengikut penghdaman, kadar metabolisma dan tolerant tubuh terhadap maryjane.


Sumber: www.leafscience.com | January 5, 2018


Nota kaki: Apa kata anda semua?


Guys, order tinggal lagi 7 hari bagi stock jam dan caps kami (20/3/2010). Kami memerlukan 253 order bagi order ini.


Support kami untuk menulis. Pre order terbaru cap dan jam. Terdapat dua harga iaitu cap sahaja berharga RM60 dan jam sahaja RM60. Harga combo bagi kedua-dua barang ini adalah RM100 termasuk postage.


Detail pre order:

Order di buka: 15 March 2019

Order ditutup: 27 March 2019

Tempoh produksi: 7 hari

Postage akan dijalankan pada: 4 April 2019


Hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/ (0139618058)










Hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/ (0139618058)

279 views0 comments

Recent Posts

See All

Cerita Haram Maryjane

Kenapa Amerika mengharamkan penggunaan Maryjane? " SPEKULASI LIAR TERHADAP IMIGRANT DARI MEXICO YANG MUNGKIN MEMBUAT KEKACAUAN! ". Ini...

Comments


bottom of page