Penggunaan maryjane sebagai salah satu cara rawatan telah tersebar ke Eropah sehingga ke Amerika Selatan dari negara Arab. Orang-orang Arab adalah orang-orang yang memperkenalkan benua Eropah buat kali pertama dengan salah satu ciptaan manusia yang paling penting, iaitu kertas (serat ganja/ hemp).
Orang-orang Arab juga memperluas penyebaran sains kuno dari zaman kegemilangan Yunani dan Romawi, salah satunya adalah sains perubatan. Orang Arab pada masa itu mempunyai pengetahuan yang luas tentang keberkesanan rawatan medikal maryjane sebelum abad ke-20.
Berikut adalah senarai beberapa pakar perubatan yang disenaraikan dalam kesusasteraan islam yang menceritakan mengenai medikal maryjane:
1. Ibn Masawayh (857 M) & Ishaq b. Sulayman (abad ke-10) – Minyak biji maryjane untuk menyembuhkan sakit di telinga.
2. Ibn al-Baytar (1291) – Minyak biji maryjane untuk menyembuhkan gas (‘rih’) pada telinga.
3. Al-Antaki (abad ke-16) – Minyak biji maryjane dapat membunuh cacing dalam telinga & mengeluarkan benda-benda asing dan kotoran.
4. Al-Dima (abad ke-9) – Maryjane untuk ubat cacing perut.
5. Al-Firuzabadi (abad ke-14 – 15) – Ubat cacing kerawit / habb al-qar’. (pinworm / genus Enterobius)
6. Sabur ibn Sahl (abad ke-9) – Menghilangkan rasa sakit kronik (anti pain), sakit kepala, migrain, mencegah keguguran, gagal melahirkan, mengurangi sakit pada rahim, & menjaga kedudukan bayi tetap pada abdomen ibunya (kitab “Al-Aqrabadhin Al-Saghir”).
7. Ibn Wafid al-Lajmi (abad ke-11) – Biji maryjane untuk menambah pengeluarkan air susu ibu dan menyembuhkan sakit amenorrhea.
8. Avicenna/Ibnu Sinna (abad ke-10) – daun dan biji maryjane untuk mengubatii dan mengeluarkan gas dari perut.
9. Al-Biruni (abad ke-12) – Menyembuhkan rasa sakit kronik
10. Al-Masi (1877) – Daun maryjane untuk mengeluarkan gas dari rahim, usus & gastroesophageal reflux disease (GERD )
11. Al-Mayusi (1877) – Daun maryjane untuk menghilangkan lendir dan kahak
12. Ibn Habal (1362) – Biji maryjane untuk mengeluarkan cairan hempedu dan kahak
13. Ibn al-Baytar (1291) – Maryjane untuk melawaskan pembuangan air kecil.
14. shaq b. Sulayman (1986) – Maryjane boleh menghangatkan tubuh.
15. Jabir ibn Hayyan (abad ke-8) – Maryjane memiliki sifat psikoaktif (kitab al-Sumum).
16. Umar Ibn Yusuf ibn Rasul (abad ke-13) – Maryjane sebagai ubat sakit kepala.
17. Ibn al-Baytar (1291 AH) – Minyak biji maryjane untuk mengurangi sakit saraf.
18. Al-Qazwini (1849) – Cecair dan pemakanan maryjane untuk mengurangkan radang mata.
19. Tibbnama (1712) – Tumbukan batang dan daun maryjane untuk mengubati buasir.
20. Al-Masi (abad ke-10) – Ganja untuk mengubati epilepsi.
21. Al-Badri (1464) – Ganja untuk mengubati epilepsi.
22. Abu Mansur ibn Muwaffak (abad ke-10) – Ganja untuk mengubati sakit kepala (Kitab al-abniya ‘an haqa’iq al-adwiya).
23. Avicenna (1294) – Jus dari daun maryjane untuk ubat panau di kulit.
24. Al-Razi – Jus dari daun maryjane untuk merangsang pertumbuhan rambut.
25. Ibn Buklari (abad ke-11) – Jus daun maryjane untuk menyembuhkan tumor di kepala.
26. Muhammad Riza Shirwani (abad ke-17) – Minyak biji maryjane untuk mengubatitumor pada rahim.
Berbagai catatan dari ahli-ahli perubatan Arab ini masih menggegarkan dunia medikal moden. Lebih menghairankan, rawatan melalui medikal maryjane kurang dan sedikit dicatatkan dalam perubaan moden, namun sudah dibuktikan dan dipercayai oleh ilmuwan-ilmuwan dari Arab sejak zaman berzaman.
Sumber: http://keajaiban-medis-ganja.blogspot.com/ Lozano, Indalecio. The Therapeutic Use of Cannabis sativa (L.) in Arabic Medicine. Journal of Cannabis Therapeutics Vol.1 No.1 (2001).
Sumber bertulis: https://cannabis-med.org/data/pdf/2001-01-4_0.pdf
Nota kaki: Penggunaan medikal maryjane sudah lama digunakan dalam perubatan Islam. Brader brader boleh download link pdf kita (sumber asal buku yang bertulis)
Support kami untuk terus menulis!
Guys, kita akan open order caps terbaru thenang.co. untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/
Comentários