top of page
Search
Writer's picturethenangco

Hisap ganja lagi baik!


Seorang pensyarah perubatan membangkitkan perbezaan undang-undang menangani isu rokok dan ganja di Malaysia untuk menyatakan tidak wajarnya hukuman mati berkaitan bahan terlarang itu.


Dekan Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, berkata sekarton rokok lebih berisiko memudaratkan kesihatan berbanding 200 gram ganja.



"Anda tahu sekarton rokok lebih bahaya berbanding 200 gram ganja. (Tetapi) memiliki 200 gram ganja dianggap mengedar dadah dan melanggar Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati.


"Ini tidak masuk akal. Dari segi kesihatan (hukuman mati berkaitan ganja) bukanlah hujah yang logik.


"Kenapa kita tidak hukum gantung mereka yang menjual rokok?" katanya ketika sesi soal jawab dalam seminar mengenai pemansuhan hukuman mati di Universiti Monash Petaling Jaya, baru-baru ini.


Kurangkan mudarat



Beliau mengulas sama ada undang-undang berkaitan dadah perlu direformasikan bagi melaksanakan dasar yang lebih bersifat belas ihsan dan mengurangkan mudarat yang lebih besar dalam menangani masalah penagihan dadah.


"Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (berkenaan hukuman mati) perlu dipinda, begitu juga undang-undang buang daerah. Buang daerah dengan harapan pesalah akan insaf.


"Tetapi asas saintifik pemulihan adalah penagih memerlukan sokongan keluarga, rakan dan orang terdekat, bukan dijauhkan," katanya, sambil menegaskan penagihan dadah perlu dilihat sebagai isu kesihatan.


Terdahulu, Adeeba yang juga Pengerusi Yayasan Aids Malaysia membuat pembentangan bertajuk


"Keperluan Reformasi Polisi Dadah di Malaysia" yang antara lain menunjukkan dasar pengurangan mudarat berjaya mengurangkan jangkitan AIDS di kalangan pengguna dadah.

Beliau terlibat dalam program pengurangan mudarat HIV dan Aids, antaranya melalui pemberian methadone kepada pengguna dadah jenis heroin.

Katanya, penurunan signifikan dapat dilihat apabila hanya 115 kes jangkitan baru HIV pada 2017 berbanding 4,000 kes pada 2005.


Sumber: Malaysia Kini Rahmat Heron  |  Diterbitkan 13 Jan 2019, 11:36 tengahari  |  Dikemaskini 13 Jan 2019, 11:36 tengahari


Nota kaki: Bila ditegur kenapa cai kata stock mahal. Tembakau mempuyai bahan carsinogen yang boleh membunuh pengguna.

353 views0 comments

Recent Posts

See All

Cerita Haram Maryjane

Kenapa Amerika mengharamkan penggunaan Maryjane? " SPEKULASI LIAR TERHADAP IMIGRANT DARI MEXICO YANG MUNGKIN MEMBUAT KEKACAUAN! ". Ini...

Comments


bottom of page