Buat pertama kali kami menulis sesuatu yang agak provokatif dan agak pahit untuk ditelan. Sesungguhnya, apa yang ditulis adalah berdasarkan satu sumber dan mungkin boleh dikaji lagi oleh anda semua.
Islam telah memberi garis panduan yang benar dalam kehidupan kita agar menjadi manusia yang lebih sempurna.
Apa yang kami tuliskan ini bukan untuk menjatuhkan hukum. Hanya sekadar untuk pengetahuan umum. Kami menyerahkan 100% kepada anda untuk menghakimi status penggunaannya. Kerana pohon terlarang ini telah dilacurkan sehingga pengguna dilemma antara fungsi benar merawat pesakit atau kegunaan untuk bergembira.
Penggunaan untuk rekreasi telah dihalalkan oleh beberapa negara di barat. Jiran negara kita Thailand telah mengambil langkah proaktif dimana ia membenarkan penggunaan ganja untuk medikasi. Mengikut kajian yang telah ditulis di laman web official USM, “Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, ganja kembali mendapat perhatian dunia terutama kerana keberkesanannya dalam mengubati beberapa penyakit tertentu. Ganja didapati efektif menghilangkan rasa loya dan muntah dalam kalangan pesakit kanser, merangsang selera makan pesakit AIDS, mengurangkan ketegangan dan kesakitan pesakit sklerosis berbilang (multiple sclerosis). Ia juga dikatakan berkesan sebagai ubat penahan sakit untuk pesakit kanser terutama bila digabungkan dengan ubat penahan sakit,” tambah Razak. (ii)
Didalam konsep untuk kebaikkan untuk medikasi, ganja telah banyak menunjukkan sifat merawat. Yang menjadi pertanyaan, apabila ganja di gunakan untuk suka-suka, dimana dipetik pada buku Penghantar Perundangan Islam ditulis oleh Abd. Jalil Borham edisi pertama 2002 yang diterbitkan oleh Universiti Teknologi Malaysia "7.2.3 Syurb - Seorang penjenayah yang aqil baligh dan telah disabitkan bersalah kerana kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan (syurb) hendaklah dikenankan hukuman hudud sama ada dia mabuk atau tidak. Sekiranya penjenayah itu seorang yang merdeka, ia hendaklah disebat empat puluh rotan. Sekiranya ia hamba, hukumannya ialah sebat dua puluh rotan. Syariah telah memerangi arak demi menjaga kemurnian akal fikiran manusia yang sepatutnya digunakan untuk kebaikkan. Dari sudut perubatan, tabiat ini boleh mendatakan penyakit yang berbahaya. Demikian juga halnya dengan penghisap ganja, sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya al-Siyasa al-Syar'iyyah8, " Sesungguhnya menghisap dadah (seperti ganja, candu dan lain-lain) dan penghisap (penggunaanya) dikenakan hukum hudud seperti yabg dikenakan kepada pemiunum arak, malah ia lebih teruk daripada arak" (iii)
Apa yang kami coretkan hari ini adalah bukan bertujuan untuk menghakimi ganja dalam sesuatu perkara yang kami bukan ahli. Tapi sekadar berkongsi ilmu pengetahuan kepada anda semua yang menggunakkannya tidak kira sama ada untuk rekreasi atau medikasi. Penghakiman ditangan anda, dimana anda mungkin mempunyai sumber sumber atau khilaf yang mungkin anda boleh sandarkan untuk pengunaan ganja.
Anda suka article ini? click share! Sumber asal penulisan dan fakta kami lampirkan dibawah
Sumber:
i) https://www.ippbm.gov.my/jdownloads/Penyelidikan/kajian-pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generasi-muda.pdf (4/3/2019)
ii) https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/3665-fahami-konsep-dadah-rekreasi-sebelum-ambil-tindakan-terburu-buru (4/3/2019)
iii) Buku Penghantar Perundangan Islam ditulis oleh Abd. Jalil Borham edisi pertama 2002, muka surat 128
Nota kaki: Pohon ini memerlukan lebih banyak kajian, dan sekiranya ia dibenarkan untuk penggunaan mediaksi, ia haruslah dipantau agar tiada penyalah gunaan. Legalisasi adalah satu cara untuk mengawal selia undang undang bagi ganja agar dapat dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
Penulis: Mfirdxus_
Support thenang.co dengan membeli barangan yang diletakkan pada pint post facebook kami
Comments