5 Jenis penyakit yang dapat diubat dengan Medical Cannabis!
1. Multiple sclerosis (MS) atau sklerosis ganda
Multiple sclerosis (MS) atau sklerosis ganda adalah penyakit progresif yang muncul akibat sistem kekebalan tubuh yang keliru dan menyerang selaput pelindung saraf (mielin) dalam otak dan saraf tulang belakang. Saraf-saraf yang rosak kemudian akan mengeras dan membentuk jaringan parut atau sklerosis. Satu kajian yang dijalankan dan diterbitkan didalam " Multiple Sclerosis Journal " mendapati ekstrak ganja dan mengurangkan kekejangan dan sakit yang berkaitan dengan sklerosis ganda.
2. Spinal Cord Injury atau kecederaan saraf tunjang
Kecederaan saraf tunjang adalah kerosakan pada saraf tunjang yang mengakibatkan kehilangan fungsi seperti mobiliti (pergerakkan) atau deria rasa. Kecederaan kepada saraf tunjang menyebabkan kehilangan fungsi saraf, anggota badan dan organ-organ di bawah aras kecederaan saraf tunjang. Pakar mencadangkan ganja boleh membantu mengurangkan dari kesakitan dan dan kekejangan otot yang berlaku disebabkan masalah kecederaan saraf tunjang. Kajian dari " Oxford Centre for Enablement " menyatakan ekstrak ganja boleh meningkatkan gejala neurogenik tidak responsif kepada rawatan standard".
3. Penyakit saraf tunjang atau spinal cord disease
" Penyakit saraf tunjang " yang merujuk kepada mana-mana isu saraf tunjang yang terjadi atas sebab-sebab selain daripada trauma. Sklerosis ganda, spina bifida, syringomyelia dan stenosis tulang belakang semua boleh dianggap sebagai contoh penyakit saraf tunjang. Pesakit yang hidup dengan penyakit saraf tunjang boleh mencari alternatif dengan menggunakan ubat berasaskan ganja.
4. Barah @kanser atau cancer
Kanser boleh dikatakan antara penyakit yang membunuh dan tiada cara untuk diubati. Menurut laporan yang dilaporkan oleh Persatuan Kanser Kanada, ganja tidak boleh menyembuhkan kanser, ia boleh membantusecara drastik mengurangkan keterukan gejala dan kesan samping sampingan kemoterapi pesakit.
Bagaimana?
Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua THC dan CBD (dua komponen aktif utama yang terdapat dalam ganja) boleh merangsang selera makan dan boleh membantu pesakit yang mempunyai masalah kehilangan berat badan seperti anoreksia dan cachexia. Di samping itu, ganja adalah sangat berkesan untuk mengurangkan loya yang disebabkan oleh rawatan kanser konvensional seperti kemoterapi.
5. HIV/AIDS
Rawatan HIV / AIDS telah dijalankan semenjak sedekad yang lalu atau lebih. Walaupun terapi moden membolehkan mereka yang mempunyai HIV / AIDS untuk menjalani kehidupan yang panjang dan sihat, kesan sampingan rawatan juga boleh memberi kesan kepada meraka yang menerimanya. Oleh sebab itu, ganja telah digunakan untuk bagi rawatan ini. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ganja boleh mengurangkan masalah tiada selera makan, penurunan berat badan, loya yang teruk dan banyak lagi bagi mereka yang menghidapi penyakit HIV/AIDS. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam "Journal of Pain and Symptom Management " mendapati 97 peratus daripada pesakit HIV dilaporkan selera makan bertambah baik dengan rawatan ganja, manakala 94 peratus mengalami pengurangan sakit otot dan 93 peratus melaporkan pengurangan masalah loya dan kebimbangan.
Sumber: Jareth Trigwell & Stacie Carrier Canabo Medical Clinic |November 15th, 2017
Nota kaki: Medical cannabis dan recreational cannabis adalah dua benda berbeza. Diharapkan penggunaan untuk perubatan dapat dilegalkan di negara kita ini bagi membolehkan pesakit mendapat rawatan alternatif yang ada bagi memulihkan kesihatan mereka.
Terjemahan: Mfirdxus_
Support kami dengan membeli produk kami di bahagian pint post facebook @ instagram kami (thenang.co)
Comments