1. 'Lebih setengah tan ganja dirampas'
POLIS Pulau Pinang merampas dadah jenis ganja dianggarkan seberat 540 kilogram (kg) bernilai lebih RM1.7 juta berikutan penahanan seorang lelaki dalam tiga serbuan di Kepala Batas, kelmarin dan semalam.
Dalam serbuan pada 10 malam kelmarin, polis yang menerima maklumat memeriksa sebuah Proton Wira dipandu lelaki, 47, di Jalan Bertam Pertama, Kepala Batas.
Hasil pemeriksaan menemui satu guni berisi 10 bungkusan plastik lutsinar yang setiap satunya mengandungi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja dengan anggaran berat 10.025 kilogram bernilai RM30,900.
Sumber: My Metro Isnin, 5 Mac 2018 | 5:32 PM
Nota kaki: Berita diringkaskan
2. Lebih 400 kg ganja mahu diseludup ke Malaysia dirampas
KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Malaysia termasuk seorang wanita dipercayai mendalangi kegiatan penyeludupan dadah jenis ganja dari Thailand ke Malaysia diberkas dalam serbuan ke atas sebuah rumah di selatan Thailand semalam.
Ketiga-tiga mereka berusia antara 23 hingga 43 tahun, diberkas bersama 462 kilogram (kg) ganja di sebuah rumah yang dipercayai kerap digunakan sindiket pengedaran dadah terbesar di kawasan sempadan di Lorong Songchai, Mukim Sanakkam, Sadao.
Ketua Polis Sadao, Kolonel Sawad Sinsaenyong, berkata hasil pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati rumah berkenaan dimiliki oleh seorang pelabur yang berasal dari Malaysia.
"Berdasarkan siasatan awal, tiga suspek rakyat Malaysia terbabit mengaku akan menerima bekalan dadah jenis ganja dari sekitar kawasan Hatyai sebelum menyembunyikannya di rumah berkenaan.
"Apabila tiba waktu sesuai mengikut perancangan yang ditetapkan, suspek akan bersedia untuk menyeludup masuk dadah berkenaan ke Malaysia," katanya kepada pihak media di Thailand, hari ini.
Sumber: BH online Safeek Affendy Razali Selasa, 31 Julai 2018 | 6:57pm
Nota kaki: Berita diringkaskan
3. Dadah 'kebun sayur'
Tangkak: Pemeriksaan polis dalam dua stor di sebuah kebun sayur di Bukit Gambir di sini, kelmarin, membawa kepada penemuan dadah jenis ganja seberat 11.752 kilogram bernilai RM29,380.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak membuat serbuan di kebun sayur berkenaan sebaik menerima maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, ketika serbuan dilakukan terdapat lima lelaki berusia 30 hingga 47 tahun di sebuah meja di depan pondok di kebun sayur berkenaan.
Sumber: My Metro Jumaat, 10 Ogos 2018 | 10:58 AM
Nota kaki: Berita diringkaskan
4. Aksem tahan seorang lelaki, rampas 54 kilogram ganja bernilai RM135,000
PADANG BESAR 27 Sept. - Menyeludup dadah menggunakan kereta mewah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Begitu tindakan dilakukan seorang lelaki yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk menyeludup masuk 54 kilogram ganja.
Tindakannya itu walau bagaimanapun gagal setelah dia diberkas ketika melalui satu sekatan jalan raya di Wang Kelian di sini semalam.
Sumber: Utusan online Mohd. Hafiz Abd. Mutalib 27 September 2018 4:23 PM
Nota kaki: Berita diringkaskan
5. Ganja RM630,250 dirampas
ALOR SETAR: Cubaan lima lelaki membawa enam bungkusan dadah jenis ganja seberat 252.16 kilogram (kg) bernilai RM630,250 dengan kereta gagal, selepas mereka terserempak dengan polis yang sedang membuat rondaan di kawasan Kedondong, Pokok Sena, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, anggota unit kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang meronda di kawasan terbabit terserempak kereta Proton Waja dinaiki empat lelaki dan kereta Toyota Vios dipandu seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat Bukit Pinang dalam keadaan mencurigakan.
Sumber: NSTP Muhaamad Hafis Nawawi dan Yuzfazrina Amira Yuzri Rabu 3 October 2018
Nota kaki: Berita diringkaskan
Nota kaki: Tahun lepas, boleh dikatakan tiap tiap bulan tokan ganja tersungkur. Kawan-kawan, dengarlah nasihat, ingatlah orang yang tersayang. Jangan lah terjebak untuk menjadi tokan kerana hukumannya bukan lah beshe beshe boskuu. "Hisap weed tak pe" - malu apaa bosku (gurau). Jadi lah pengguna yang bijak
Comments