top of page
Search
Writer's picturethenangco

Edisi Kantoi 2019


Penyejuk Mata

TAHI ganja di Kepala Batas menggunakan istilah rahsia ‘sayoq’ (sayur) untuk membeli dadah daripada peniaga kebab di Jalan Paya Keladi, Permatang Tinggi bagi mengaburi orang ramai.


Difahamkan, golongan penagih itu memberitahu peniaga berkenaan mahu membeli ‘sayoq’ sebelum diberikan bekalan ganja yang sudah dibungkus dengan berat 10 gram (gm) dan 50 gm berharga di antara RM30 hingga RM50.


Namun, aktiviti lelaki berusia 40 tahun itu berjaya dibongkar polis hasil serbuan di rumahnya di Permatang Tinggi 11.40 pagi kelmarin.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek adalah seorang daripada dua lelaki yang ditahan dalam dua serbuan berasingan masing-masing di Permatang Tinggi dan Taman Bertam Indah kelmarin.


“Dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Permatang Tinggi, pemeriksaan polis di dapur rumah peniaga itu menemui satu paket plastik lut sinar berisi tumbuhan kering disyaki ganja.


“Pemeriksaan selanjutnya menjumpai satu beg hitam yang diletakkan di atas lantai bahagian luar rumah dan di dalamnya mengandungi 20 paket plastik lut sinar dengan setiap satu berisi tumbuhan kering disyaki ganja,” katanya pada sidang media hari ini.


Menurutnya, semua dadah seberat 242 gm yang ditemui bernilai RM10,000 itu dirampas.

Susulan serbuan pertama itu, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Taman Bertam Indah sebelum menahan seorang lagi suspek dikenali ‘Amet’ dipercayai menjual ganja berkenaan kepada suspek pertama.


Katanya, dalam serbuan pada jam 7 malam itu, polis menahan suspek berusia 48 tahun di dapur rumah sebelum menjumpai 40 paket kecil mengandungi ganja di rumahnya.


Menurutnya, semua dadah seberat 1,084 gm itu dianggarkan bernilai RM43,360.


“Amet dipercayai menjadi tokan ‘pound’ dan menjual dadah kepada suspek pertama dan kedua-dua mereka juga sudah berkahwin.


“Ujian saringan air kencing ke atas suspek juga positif dadah dan direman sehingga 26 Februari ini,” katanya.


Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber: hmetro.com.my Shamsul Munir Safini Khamis, 21 Februari 2019 @ 2:54 PM


Nota kaki: Malaysia adalah satu negara yang mengharamkan penggunaan ganja. Moga negara kita lebih terbuka untuk legalisasi medikasi. Kerana melalui legalisasi, pengawalan sepenuhnya dapat dilakukan oleh pihak kerajaan


Support kami dengan membeli produk kami di bahagian pint post facebook @ instagram kami (thenang.co)

475 views0 comments

Recent Posts

See All

Cerita Haram Maryjane

Kenapa Amerika mengharamkan penggunaan Maryjane? " SPEKULASI LIAR TERHADAP IMIGRANT DARI MEXICO YANG MUNGKIN MEMBUAT KEKACAUAN! ". Ini...

Comments


bottom of page