Status terbaru Dr Ganja 2019
Updated terbaru yang kami dapat melalui profile peribadi Kapten Amirudin Abdullah, " kesnya akan dibicarakan pada 8,10,11 dan 12 April 2019 di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Tambahan dalam status updated beliau, beliau memberitahu permohonan representasi bagi kesemua pertuduhan terhadap diri nya telah ditolak ".
Balik kepada tahun 2017 (sumber Sarawak Voice)
Untuk pengetahuan pembaca, Kapten Amirudin atau lebih dikenali sebagai Dr Ganja Malaysia telah ditahan pada tahun 2017. Beliau dihadapkan di tiga mahkamah berasingan atas 36 pertuduhan dadah termasuk 14 pertuduhan memiliki kanabis.
Media sebelum ini melaporkan polis menumpaskan sindiket jualan ganja secara online menggunakan pelbagai taktik, termasuk memasarkannya dalam bentuk susu, coklat, madu dan kek secara online di Facebook, WeChat dan WhatsApp.
Produk didakwa mampu mengubati penyakit yang tidak boleh sembuh melalui bahan disyaki berasaskan ganja iaitu kek, susu, marjerin, coklat dan madu. Sindiket didakwa turut menawarkan perkhidmatan perubatan jualan dadah bagi mengubati pelbagai jenis penyakit yang tidak mampu dirawat di hospital.
Memetik laporan Bernama pada Jumaat, Kapten (B) Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, 58, didakwa di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad atas 14 pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis kanabis berat sekitar 97,995 gram di rumah Kampung Delek Dalam, sekitar 12.30 tengah hari, 26 Mei lepas
Amiruddin didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Sementara, di hadapan Hakim Suzana Hussin, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 6B (3) Akta sama, memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.
Dalam kes tersebut, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap 18 pertuduhan menanam 18 tumbuhan disyaki kanabis di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Sementara, di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis kanabis dengan anggaran berat kasar 55 gram.
Satu pertuduhan memasukkan kanabis ke dalam badannya dan satu lagi pertuduhan memiliki perkakas yang digunakan untuk menghisap dadah disyaki jenis kanabis.
Amiruddin didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumah di Kampung Delek Dalam dan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, pada 12.30 tengah hari dan 10 malam, 26 Mei lepas.
Bagi keempat-empat pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6, Seksyen 15 (1)(a) dan Seksyen 10 (2)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketiga-tiga mahkamah tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin dan menetapkan tarikh yang sama iaitu 28 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali, Aliah Atiqah Razali dan Rizal Azani Zainal Adzam sementara tertuduh diwakili peguam Farhan Maaruf.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan sindiket yang dipercayai aktif lima bulan lepas, menjual produk yang didakwa mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.
Penahanan melibatkan dalang dikenali sebagai “Dr Ganja” bersama isterinya warga Indonesia.
Media melaporkan pada 30 Mei lepas, polis merampas pokok (18 batang), tumbuhan dan serbuk (4 kg), benih (72 kg), minyak (4 liter), coklat (1.4 kg), madu (125 liter), marjerin (2 liter), kek (400 gram) dan susu (1 liter) yang kesemuanya disyaki mengandungi dadah jenis ganja.
Sumber: (i) Akaun peribadi Dr Ganja yang dikelola oleh adminya | March 19, 2019
(ii) Sarawak Voice | Mohd Zikri Shahbudin | June 10,2017
Nota kaki: Kita doakan yang terbaik untuk Dr Ganja. Moga pesakit pesakitnya dapat hadir semasa tarikh bicara untuk memberi sokongan kepada beliau. Moga Tuhan melindungi beliau dari bala bencana.
Guys, order tinggal lagi 7 hari bagi stock jam dan caps kami (20/3/2010). Kami memerlukan 253 order bagi order ini.
Support kami untuk menulis. Pre order terbaru cap dan jam. Terdapat dua harga iaitu cap sahaja berharga RM60 dan jam sahaja RM60. Harga combo bagi kedua-dua barang ini adalah RM100 termasuk postage.
Detail pre order:
Order di buka: 15 March 2019
Order ditutup: 27 March 2019
Tempoh produksi: 7 hari
Postage akan dijalankan pada: 4 April 2019
Hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/ (0139618058)
Hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/ (0139618058)
Comments