SYARIKAT pengeluar minuman Coca Cola pada Isnin berkata mereka memantau secara dekat ke atas prospek pasaran penghasilan minuman yang mempunyai campuran elemen perisa ganja atau marijuana.
Reuters melaporkan, kenyataan tersebut hadir sebagai maklum balas Coca Cola terhadap laporan media berkaitan rundingan yang dijalankan dengan syarikat Aurora Cannabis Inc. dari Kanada.
Jalinan usahasama kedua-dua syarikat tersebut, dilihat akan membantu usaha Coke untuk mengatasi masalah permintaan lembab terhadap produk soda mereka yang tinggi paras gula, sebaliknya menawarkan pilihan minuman seperti kopi dan yang memfokuskan kesihatan.
Banyak syarikat korporat kini cuba mendekati industri marijuana sejak Kanada meluluskan penggunaannya secara rekreasi di beberapa negeri, sekali gus negara itu dilihat sebagai pangkalan ujian dan pengeluaran sehingga Undang-Undang Persekutuan Amerika Syarikat (AS) diubah.
Coke dan Aurora, dalam kenyataan berasingan memberitahu, mereka berminat dalam penghasilan minuman yang dicampur elemen marijuana atau cannabidiol, namun tidak mengulas lanjut tentang spekulasi pasaran.
Kedua-dua syarikat itu dipercayai mahu mencipta minuman yang boleh meredakan masalah keradangan, kesakitan dan kekejangan.
Sumber: Astro Awani, Agensi | 📷 September 18, 2018 05:31 MYT
Nota kaki: Kalau masuk negara kita, admin nak jadi salah seorang pengedar bagi produk ini!
Support thenang.co dengan membeli barangan yang diletakkan pada pint post facebook kami
Comments