top of page
Search
Writer's picturethenangco

5 jenis baka Maryjane untuk medikal

5 jenis baka maryjane yang bakal kami ceritakan kali ini adalah baka-baka yang digunakan untuk kegunaan medikal bagi melegakan kesakitan.


Untuk pengetahuan umum, negara yang menghalalkan penggunaan mengeluarkan kad kesihatan sebagai bukti pengguna itu betul betul memerlukannya.

Contoh kad pesakit yang menggunakan rawatan medikal maryjane

Kesan analgesic (dadah mengurangkan sakit) berbeza mengikut baka yang digunakan. Antara kesannya adalah melegakan otot, mengurangkan sakit kepala dan migrain, mengurangkan keradangan, membantu masalah saraf dan lain-lain lagi. Penggunaan baka yang berlainan dapat membantu pesakit mencari baka yang sesuai bagi mereka bagi mengatasi masalah-masalah yang berkaitan.


1. ACDC

Baka ACDC

Baka hybrid ini mengandungi kandungan CBD dan THC yang tinggi. Mengikut data kajian dan laporan balas dari pengguna yang menggunakan baka ini, ia merupakan baka terbaik dalam mengurangkan kesakitan kerana kandungan aktif pada baka ini sangat tinggi.


2. Blue Widow

Baka Blue Widow

Baka ini sangat menarik kerana mempunyai pelbagai nama, antaranya adalah Berry White, Blue Venom, dan White Berry. Ia adalah kacukan antara baka Blue dan White Widow. Blue Widow mempunyai resin (damar) yang banyak dan mengandungi kandungan THC yang bertindak sebagai anti keradangan. Baka ini sesuai bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah arthritis.


3. Blueberry Kush

Baka Blueberry Kush

Masalah kegelisahan dan ketidakselesaan sepanjang hari menganggu masa tidur kita. Baka Blueberry Kush adalah baka yang sesuai untuk membantu untuk melegakan dan memberi kesan rehat kepada badan. Blueberry Kush memberi kesan indica kepada badan dan sesuai digunakan untuk waktu tidur sahaja.


Selain dari mengatasi masalah ketidakselesaan tubuh dan insomnia, Blueberry Kush juga merupakan pilihan terbaik untuk pesakit yang mengalami masalah ADHD, gangguan mood, nausea dan sakit kepala.


4. Cannatonic

Baka Cannatonic

Mengandungi kadar CBD dan terpene yang tinggi. Baka ini boleh dikatakan sebagai baka tonik. Cannatonic mengandungi kurang dari 6 peratus kandungan THC dan tidak menyebabkan kesan "high" kepada pengguna. Ia boleh dikatakan antara baka yang sesuai digunakan pada waktu-waktu biasa.


5. Canna-tsu

Baka Canna-tsu

Baka maryjane medikal ini mengandungi kandungan CBD yang tinggi dan sangat effektif bagi mengurangkan kesakitan. Mengikut kajian yang diberikan oleh pengguna, Canna-tsu, baka dominan sativa, adalah antara baka kegeraman pesakit medikal maryjane kerana ia memberi kesan psykoaktif yang sangat minima. Dengan penggunaan Canna-tsu, ia mengurangkan simptom kesakitan dan kurang memberi kesan "high" kepada pengguna.


6. Harlequin

Baka Harlequin

Mengikut kajian yang dan maklum balas diberikan oleh pengguna, baka ini dikatakan mempunyai fungsi antioxidan dan kandungan neuroprotective. Baka ini sesuai digunakan untuk rawatan bagi mereka yang mengelak dari kesan kandungan THC yang tinggi dan sesuai digunakan untuk waktu-waktu biasa. Baka ini kebiasaan digunakan oleh pesakit yang mempunyai masalah arthritis, neurodegenerative disease dan kecederaan pada otak.



Sumber: Canabo Medical Clinic | April 4th, 2018


Nota kaki: Setiap baka yang dihasilkan mempunyai kegunaannya yang tersendiri. Ianya hanya boleh didapati di negara negara yang menghalalkan penggunaan maryjane sahaja. Tapi jangan terlalu gembira, kebiasaanya negara yang melegalkan untuk tujuan hanya menjual kepada pesakit-pesakit yang telah disahkan oleh doktor tempatan sahaja.


Support kami untuk menulis. Pre order terbaru cap dan jam. Terdapat dua harga iaitu cap sahaja berharga RM60 dan jam sahaja RM60. Harga combo bagi kedua-dua barang ini adalah RM100 termasuk postage.


Detail pre order:

Order di buka: 15 March 2019

Order ditutup: 27 March 2019

Tempoh produksi: 7 hari

Postage akan dijalankan pada: 4 April 2019








Hubungi kami di: http://thenangcoofficial.wasap.my/ (0139618058)

58 views0 comments

Recent Posts

See All

Cerita Haram Maryjane

Kenapa Amerika mengharamkan penggunaan Maryjane? " SPEKULASI LIAR TERHADAP IMIGRANT DARI MEXICO YANG MUNGKIN MEMBUAT KEKACAUAN! ". Ini...

Comentarios


bottom of page